Hari ni dia kenang kan masa lalu

Hari ni dia share post saiful nang..nostalgik gitu..

Advertisements

SEDIH

Lagi 15 hari dia nk balik dah..hmm

PAGI SELASA LAGI BEBERAPA HARI NAK MASUK SEM BARU WOI

Hari ni genap seminggu sejak aku kena block ws dgn Huda..tapi entah la hatiku masih setia mengikuti dia..macam dulu2..cuma kali ni aku tak mahu ia dipenuhi dengan hawa nafsu..cukuplah aku melihat dia dari jauh..aku tahu tak sampai sebulan dia akan pergi semula ke bumi tarbiah nun jauh di sana..semoga awak selamat di sana hendaknya..saya tahu awak kuat..Aku masih macam dulu kalau cuti malas nak mencari pengalaman bekerja..entah lah mungkin sikap manja sebagai bongsu terlalu menebal dalam diri..ceh..

sekarang jam menunjukkan 11.54 AM 1/9/2015..ye aku masih bernafas..masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menebus dosa lalu..ye..aku akui banyak yang aku buat masa lalu..tak terkira rasanya..kalau aku boleh nampak dosaku nescaya ia setinggi gunung everest nun jauh di kawasan Himalaya sana..tetapi Allah tutup aibku..masih beri peluang untukku berubah..seringkali aku mahu berubah tetapi keesokan harinya masih sama..masih macam dulu..ceh hampeh..

Manusia cepat lalai..bila dah sakit baru ingat Allah..subuh pun kadang-kadang miss..solat cepat tak sampai lima minit habis..tetapi bila melayari internet mau sampai bengkak mata pun sanggup..Al-Quran hanya dibaca bila ada mood mahupun pada bulan ramadhan..itupun sekadar cukup syarat..ALLAH  T.T

Hari ni hari kedua aku menulis dlm medium yg mana manusia menggelarnya blog..sungguh aku pun pelik macam mana aku boleh seronok tentang nya..mungkin kita boleh meluahkan apa yang terbuku di benak fikiran kita tanpa batasan mahupun halangan..kih3..

Tetiba otak beku..sampai lain waktu kita ketemu..aaadiyos

#rindu akak hud

HUDA

Nak tau apa best pasal huda..first makna nya..dlm bahasa melayu..huda ni maksudnya petunjuk..

kenapa first entry aku dalam dunia blogger  pasal huda ni(hahah,tak pernah-pernah tulis blog woi..sejak baca penulisan  dia rasa nk tulis something..baru aku tahu sebabnya..best ye cik Huda)..Sebab nya, dia lah orang yg banyak ubah ak walaupun dia tak sedar..meskipun sekarang masing-masing bawa haluan masing-masing..tapi sekurang-kurangnya andai aku lalai aku masih boleh follow penulisan dia yg banyak mengingatkan aku pada sang pencipta, Allah s.wt.

Minggu lepas sengaja aku bagi dia block aku dlm aplikasi whatsapp..sebab nya satu..setiap hari aku usha dia..kalau nampak dia online..hati aku mesti nak kacau dia..aku tak nak kacau dia dah..sebab aku tak mahu jadi macam dulu..yg mana aku dia dan Dia saja tau..CUKUPLAH aku banyak melalaikan dia..

Andai suatu hari awak terbaca entry ni <——- betul ke entry ke isi hati saya..ceh..ketahuilah saya bersyukur sebab kita berpisah..tapi maaf saya masih sayang awak..cuma cukuplah saya lihat awak dari jauh..mengetahui awak happy sihat..dapat peluk ummi..itu pun dah buat saya happy..maafkan saya atas segalanya..dan maaf sebab masih cuba stalk awak..even wordpress pun saya stalk..baru jumpa okay..harap awak tulis lah selalu sebab entahlah..kadang-kadang saya nak berubah tapi biasalah kan setan banyak..awak pun tau macam mana..doakan saya ye..itu je saya pinta..moga awak pulang menjadi pendakwah yang mampu ubah anak muda kita..semoga awak dapat apa yg awak idamkan..AMIN..

 

……..

 

2.00 AM 1/9/2015